Hikayat Merong Mahawangsa

Posted by sayanakhiburan on 20 March 2011

"5 BINTANG"


Itulah yang mampu aku ucapkan pas aku menyaksikan sendiri filem ni pada tepat pukui 10.30 malam tadi... Sebelum ni banyak dah aku tengok review filem ni kat blog orang lain... Ada yang kata tak syok langsung cite ni... Ada yang kata sangat best dan dibuktikan plak dengan kutipan tiket cite ni... Apa lagi, dah panas dan tak sabar, aku pun pegila tengok malam ni... Nak dijadikan cite, membe-membe aku pulak kutuk-kutuk kata cite ni merapula, tak syokla, cite katunla... Lastly, aku gembira tengok muka diorang yang puas dan puji-puji plak cite ni... Hahahaha...



Cite ni setau aku telah dihasilkan oleh Kru Production yang seperti mana yang kita tau satu-satunya syarikat perfileman di negara kita yang menggunkan teknik efek yang macam filem kat luar negara... Fuuhhhh!!! Aku tengok efeknya kali ni memang-memang kaw la... Time peperangan antara gabungan pahlawan Rom, China dan Langkasuka menentang Geruda memang real dan memang khusyukla tengok... Penggunaan ayat iaitu bahasa zaman dahulu kala amatla tinggi sehingga aku kata dalam diri aku, indahnya bahasa kita ni zaman dulu... Antara ayat yang aku ingat lagi macam...

"Apakah salahnya mengintai di bawah tudung saji" dan "Kalau dah dibukakan empangan airnya, masakan boleh ditahan airnya"


Hahaha... Part ni aku gelak... Sebab ntah apa la kaitan dengan tudung saji... Benda lain tak boleh kait ke?? Hehehe... Tapi memang aku salute la dengan filem ni... Dulu kita tengok filem Malaysia kalau lawan tumbuk ke, lawan pedang ke mesti nampak macam ikut tempo kan? Slow je.. Macam nak taknak je nak berlawan... "Ko tumbuk dulu, japgi aku tumbuk balik" Hahaha... Cite ni mak aii... Dah macam filem luar dah aku tengok... Smooth je aku tengok part lawan-lawan ni... Huhuhu...

Cite ni jugak dikuatkan dengan teknik shoot gambar yang cantik... Dari bawahla... Atas la... Semua angle yang kita tak pernah tengok sebelum ni... Lain daripada lainla..

Korang sepatutnya pegi tengok filem ni sebab aku gerenti korang tak menyesal la... Okla, aku chow dulu... Chow!!!


p/s : Menunggu filem terbaru KRU Production yang berjudul KARAK... Macam best je... Hehehe...

{ 2 comments... read them below or add one }

Gen Fujita said...

Cerita ni berjaya mengembalikan keyakinan aku terhadap KRU. Walau ada kelemahan (check out my full review), kira boleh lagi diterima.

dhiera said...

saya pun suka cerita ni~

Post a Comment

 

Cerita Panas!!!