-->
Sejarah penubuhan Utusan Melayu sehingga ditamatkan operasi

Sejarah penubuhan Utusan Melayu sehingga ditamatkan operasi

Utusan Malaysia Bangkrap


Kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan di mana sebuah akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu telah ditamatkan operasinya pada 9/10/2019. Banyak kenangan dan nostalgia yang telah dicipta oleh akhbar yang telah beroperasi selama lebih 80 tahun dan juga merupakan akhbar yang paling terawal di Malaysia.

Namun, disebabkan gara-gara keadaan masalah kewangan yang melanda Kumpulan Utusan, membuatkan utusan Malaysia ditutup.

Sejarah Utusan

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

Di sebalik sejarah dan kegemilangannya Utusan M Berhad tidak terkecuali daripada menempuh cabaran dan dugaan dalam mengharungi arus semasa terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Cabaran terburuk Utusan M Melayu adalah ketika terpaksa memberhentikan separuh daripada pekerja iaitu sebanyak 800 staf melalui skim VSS pada Disember 2018. Pemberhentian yang bertujuan untuk mengurangkan kos operasi syarikat sekaligus menyelamatkannya itu bagaimanapun gagal. Kemelut sebuah syarikat akhbar gah itu terus terpalit kontroversi apabila pengurusannya gagal menunaikan pampasan kepada bekas staf seperti dijanjikan. Peristiwa yang dianggap sejarah dalam industri media itu sedikit sebanyak memalit prejudis terhadap Utusan M Bhd yang dianggap sebagai akhbar membela nasib orang-orang Melayu selama ini.

Bukan sahaja penerbitan Utusan, malah Kosmo! juga terbabit dalam pemberhentian operasi.

1 Response to "Sejarah penubuhan Utusan Melayu sehingga ditamatkan operasi"

  1. ingatkan lepas kes bulan 8 tuh, dah setel dh pasal masalah utusan ni, tak sangka akhirnya secara mengejut ditutup juga... kesian pada pekerja-pekerja nya, macam teraniaya pulak

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel