-->
Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada blogger-blogger dan pelawat-pelawat blog sekalian (bajet ramai ja masuk blog ni)... Diharapkan tuan-puan yang membaca entri dalam keadaan sihat walafiat...

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang entri yang bertajuk Cara Tingkatkan Trafik Blog.. First aku nak gelak dulu untuk diri sendiri, Hahahaha.. Sebabnya, blog aku pun tak banyak trafik lagi.. Cuma kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dulu-dulu semasa first-first buat blog.. Aku blur kot.. Buat blog macam aku sorang ja baca.. Dalam dok berblogging tu, aku terpikir jugak.. Macam mana nak bagi orang baca blog aku? Cara nak tarik orang baca blog kita.. Aku pun search la google... Rupa-rupanya banyak cara nak tarik orang baca dan singgah ke blog kita seterusnya dapatla naikkan trafik blog kita..

Okay dah panjang dah aku buat pembukaan entri tu.. So, jom kita baca pulak Cara Tingkatkan Trafik Blog dengan ..... Cara Aku... Hahaha...

(AMARAN: TIPS INI HANYA DATANG DARI AKU. BUKAN BLOGGER OTAI. SEBARANG PERUBAHAN TRAFIK JATUH MERUDUM ADALAH DI ATAS RISIKO SENDIRI)

CARA TINGKATKAN TRAFIK BLOG

1. TAJUK ENTRI


Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku
Tajuk entri adalah salah satu cara membuatkan orang tertarik nak masuk blog kita.. Kalau cara aku, aku akan letak tajuk entri tu dengan tajuk yang aku rasa bila orang baca diorang akan rasa nak ambik tahu lagi.. Buat mereka terfikir dalam otak mereka soalan macam "betul ke?" bila baca blog kita... Satu cara lagi korang boleh letak tajuk yang kontroversi. Contoh yang macam aku buat

JOM TENGOK PAYUDARA WANITA WAHAI LELAKI
KOLEKSI GAMBAR SEKS SECARA TERBUKA
LISA SURIHANI JATUH TERSUNGKUR DI ABPH


Sedikit sebanyak tajuk entri macam kat atas ni dapat menyumbang trafik yang banyak kat blog korang.

2. BERMAIN DENGAN SEO
Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Yang ini takut jugak aku nak tulis sebenarnya sebab aku bukanlah pakar bab SEO ni.. Tetapi skill SEO ni memang banyak membantu menaikkan trafik kepada rata-rata blogger.. Salah satu teknik SEO yang aku penah belajar (aku tak pasti ini teknik ke tak) adalah cara korang kembangkan subjek korang.. Contoh subjek korang Bola Sepak.. Korang kembangkan dia menjadi Cara bermain bola sepak, 5 peralatan bermain bola sepak, 10 pemain terbaik bola sepak dunia... Pastikan keyword-keyword penting tu ada dalam entri anda untuk memudahkan enjin carian Google menerbitkan entri anda sebagai  entri yang orang cari berkaitan dengan bolasepak. (Kalau salah bminta betulkan yer sifu-sifu)

3. BLOGWALKING
Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Korang perasan tak kat blog korang kadang-kadang ada orang komen "Singgah di sini, best baca entri".. Haa.. Korang jangan buat tak tahu pulak bila dia komen.. Sebenarnya dia nak beritahu yang dia dah blogwalking kat blog korang dan mintak korang pergi melawat blog dia balik..

Semasa aku mula-mula bergelar blogger dulu, aku kerap gila blogwalking.. ada yang aku tinggalkan komen, ada yang aku tinggalkan pesan kat shoutmix dan cbox blogger lain.. Memang cara ini memberi kesan kenaikkan trafik ke blog aku.. Cuma kena disiplin dan sabar je.. Siang malam aku blogwalking dalam kuantiti 10 blog aku lawati,,

4. SHARE DI FACEBOOK DAN LAIN-LAIN MEDIA SOSIAL
Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku

Kalau korang dah ada group atau page lagi best.. Share dalam page dan group korang.. Katakan page korang ada 10K orang, takkan takde sorang pun akan buka entri yang korang share tu kan.. Tapi perlu diingat, jangan share terlampau banyak group dan page dalam satu-satu masa.. Nanti Facebook ingat korang SPAM pulak, pastu terus akaun Facebook korang kena ban.. Apa pun tak boleh. Hahaha..

Itu sajalah aku nak kongsikan serba sikit cara aku naikkan trafik blog aku dulu.. Dulu aku punya semangat tentang blog sangat-sangatlah membara.. Pagi blog, tengahari blog, malam pun blog.. Tapi sayang, aku tinggalkan blog aku sunyi selama hampir 5 tahun tanpa sebarang entri membuatkan trafik blog aku jatuh tersungkur ke tanah..

Sekarang aku cuba bangkit semula.. Dan satu target lagi target aku yang belum aku capai lagi.. Iaitu dapatkan income dengan Google Adsense.. Punyalah payah.. Sekarang tengah mendapat nasihat dari Wayne Harraz.com untuk cuba dapatkan kelulusan adsense walaupun trafik tengah sendu.. Huhuhu..

Itu saja dari aku.. Babai!!

p/s: walaupun trafik kurang, blog aku pagerank 2/10 tau.. huhuhu.. tapi apa kelebihan pagerank ni yer? ada sesapa boleh terangkan?

7 Responses to "Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Cara Aku"

  1. Thanks for the tips. Tp skrg ramai dah kena "banned". Xleh share link kat fb. Sian kan.

    ReplyDelete
  2. salam.. saya dtg sni balas kunjungan dan followback.. tips2 ni ada betulnya .... cuma contoh tajuk entry tu.. Ehem!! jangan ada bunyi 18sx gitu nanti Adsense tak layan sbb langgar diaorg punya privacy.. pilih tajuk yg boleh tarik pmbaca tapi elakkan yg berbunyi utk bacaan 18tahun ke atas.. =D

    ReplyDelete
  3. Thanks for your tips. I follow back ur blog. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. nice tips.. terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  5. Dah! semua betul tips ni muahhhaaaa...

    Tulah ada gak rakan-rakan blogger geram blog depa dah kena ban dengan Mark Z sebab selalu sangat share kat FB.

    Mulanya Mrs. A tak faham sebab Mrs. A ada jugaklah share cuma tak selalu tapi bila ada blogger yang buat post share blog depa kena banned barulah Mrs. A ngerti fuh! patutlah Mark Z banned kalau cenggitu punya gigihnya muahhaaaa... mana yang faham-faham tak faham sudah!

    ReplyDelete
  6. Nice tips, terima kasih berkongsi. Saya follow blog awak

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel