-->
Kenali kelab KV Kortrijk yang mengikat kontrak Luqman Hakim

Kenali kelab KV Kortrijk yang mengikat kontrak Luqman Hakim

Luqman Hakim


KV Kortrijk
? Benda apa tu? Kenapa tetiba je trending perkataan ni.. Haa.. Yang mana tak tahu lagi, hari ini dunia sukan tanah air kita digemparkan dengan berita Luqman hakim, penyerang berbisa bolasepak negara kita telah mengikat kontrak dengan kelab Liga Utama Belgium, KV Kortrijk.. Woww.. Powerrr..
Pasukan KV Kortrijk yang dikenali sebagai  De Kerels (The Guys) ini ditubuhkan pada 5 Mei 1971 setelah penyatuan kelab Kortrijk Sport dan Stade Kortrijk.  Mereka beraksi di stadium mereka yang diberi nama Guldensporen Stadion yang mampu memuatkan seramai 9,399 orang penyokong pada satu-satu masa. Buat masa sekarang, kelab ini dimiliki oleh usahawan Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Mungkin dengan campur tangan pemilik dapat merealisasikan impian Luqman Hakim dapat beraksi di liga luar Malaysia ini.
Setakat ini,  KV Kortrijk pernah memenangi kejuaraan Belgian Second Division, pada tahun 1905-06 dan 2007-08. Mereka juga pernah mendapat naib johan untuk Belgian Cup pada tahun 2011-2012.
Tak kisah la tak banyak kejuaraan pun. Tapi sekurang-kurangnya Luqman Hakim kalau dah main kat Liga Belgium mesti dia terdedah dengan corak latihan di sana yang mana boleh meningkatkan prestasi dia pada masa akan datang. Ingat senang pemain Malaysia nak diterima dengan liga luar. Cuma sekadar berpesan, janganlah tiba-tiba je nak balik kalau dah orang bagi peluang bermain di liga luar ni. Bukan apa, hanya merugikan peluang keemasan ini sahaja.
Luqman Hakim hanya akan mula menyertai KV Kortrijk bermula Mac 2020 ketika dia genap berumur 18 tahun. Selamat berjaya Luqman Hakim! Anda harapan sukan bolasepak tanah air masa akan datang.

p/s: teringat lagi tengok Luqman Hakim beraksi hari tu. Berdesuppp lajunyaa...

0 Response to "Kenali kelab KV Kortrijk yang mengikat kontrak Luqman Hakim"

Post a Comment

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel