-->
Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated

Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated

Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ni susah sungguh nak update.. Rasa kejap je masa dalam sehari.. Buat yang itu Buat yang ini tengok-tengok dah malam.. Tak sempat nak update blog.. So bila ada masa ni kita update mana yang sempat la yer.. Hehehe..

Memandangkan aku tengok dalam statistik blog aku ramai yang dok search pasal Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank, aku pun ambik kesempatan ni nak update la sikit... Bukan apa, yang orang search tu entri yang lama.. Dah tak valid dah untuk masa sekarang.. So kalau korang masih tercari-cari lagi cara nak link akaun paypal tu, teruskan membaca lah yer..

APA ITU PAYPAL

Paypal adalah satu website online , yang boleh digunakan sebagai medium untuk transfer duit ataupun membuat bayaran, dengan cara yang selamat. Selamat di sini bermaksud, pihak lain (yang berurusan dengan kita) takkan tahu apa maklumat akaun bank kita, semuanya dirahsiakan oleh pihak Paypal. Tapi pihak Paypal memang ada semua detail bank kita, macam nama, nombor akaun dan sebagainya. Paypal ni kira macam orang tengah antara kita dengan orang lain. Semua transaksi(jual atau beli) hanya menggunakan satu email yang dah didaftarkan dengan Paypal. Itu sahaja.

CARA NAK LINK AKAUN PAYPAL DENGAN AKAUN BANK

Pastikan korang ada akaun paypal dulu yerr. Kalau korang tak buat lagi, boleh rujuk dekat entri "Cara Nak Buka Akaun Paypal"... Mudah saja nak buka akaun pun semudah ABC jugak.. Lepas dah ada akaun paypal barulah boleh ke langkah seterusnya..

1. First login akaun dengan email dan password korang kat laman web paypal.
2. Lepas dah login, korang tekan setting kat atas tu, lepas tu klik Account Setting. Jangan salah klik pulak. Karang dia bawak ke laman lain pulak.


Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated


3. Untuk paparan ke Link Account, klik kat Money, banks and cards.
Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated

4. Lihat section Bank Accounts dan kemudian klik Link a new bank account.

Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated

5. Isi lah akaun bank mana yang korang nak.. Aku awal-awal nak link dengan akaun bank Maybank, lepastu tak jadi then tukar ke akaun Bank Rakyat. First entri aku dulu kena cari sendiri MEPS Bank Routing Code tapi paypal yang sekarang tak perlu.. Hanya pilih bank mana yang korang nak link pastu dia automatik keluar Routing Code tu.. Mudah..


Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated
6. Lepas tu, siap!! Korang dah link kan akaun bank korang dengan paypal.. Boleh dah berangan-angan duit google adsense masuk berkepuk-kepuk dalam akaun paypal korang.. Hehe.. Settle!!

Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated


Senang saja kan? Lepas ni dah boleh terima payment dari luar la.. Pastu transfer ke akaun bank korang dengan mudah tanpa rasa melekit.. Hahaha.. Banyak kelebihan kalau guna paypal ini antaranya :

1. Dari segi kerahsiaan, paypal sangat menjaga kerahsiaan.. So, jangan takutlah kalau-kalau maklumat anda bocor.. Maklumat bank anda dijaga rapi oleh paypal..
2. Jika membayar sesuatu, tiada caj tambahan yang akan dikenakan..
3. Paypal boleh membayar through email.. Maksudnya kita hanya perlu tahu alamat e-mail penerima bayaran sahaja sudah cukup untuk melakukan transaksi. Tak leceh macam internet banking, kena tahu banyak details penerima bayaran..
4. Cepat dan sangat cepat.. Kita transfer duit atau kita buat pembayaran, si penerima akan terima duit tu cepat dan tiada delay.. 

p/s : Kalau risau jugak takut-takut paypal makan duit korang, korang link dengan akaun bank yang tak ada duit.. Macam aku.. Hahaha..

1 Response to "Tutorial : Cara Nak Link Akaun Paypal Dengan Akaun Bank Updated"

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel