-->
Aksi lucah buatkan Filem Hustler diharamkan di Malaysia

Aksi lucah buatkan Filem Hustler diharamkan di Malaysia

Aksi lucah buatkan Filem Hustler diharamkan di Malaysia


FILEM Hustlers adalah filem terbaru yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia setelah sebelum ini Filem Rocketman yang berkisarkan tentang kehidupan artis Elton John, ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum dapat ditayangkan di Malaysia.

Filem arahan Lorene Scafaria ini dan dibintangi oleh pelakon terkenal, Jennifer Lopez (J Lo) telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana menayangkan aksi lucah yang keterlaluan dalam filem itu.

Berikutan dengan aksi lucah yang keterlaluan tersebut menyebabkan Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak teragak-agak untuk tidak meluluskan tayangan filem itu di Malaysia selepas mendapati ia sangat tidak menepati ciri-cri filem yang boleh ditayangkan di Malaysia.

Aksi yang dikatakan mempunyai unsur lucah keterlaluan tersebut ialah aksi penari tiang yang terlalu mengghairahkan dan tidak sesuai untuk tontonan di Malaysia.

Pengharaman filem itu juga telah disahkan oleh Square Box Pictures, syarikat pengeluar filem itu menerusi media sosial.


Aksi lucah buatkan Filem Hustler diharamkan di Malaysia

Setakat ini, filem 'Hustlers' sedang mendaki tangga carta 'Box Office' di Amerika Syarikat dan United Kingdom sejak ditayangkan pada 7 September yang lalu..

Filem Hustlers ini adalah berkisahkan tentang jaringan jenayah sekumpulan wanita yang menggoda mangsanya dengan meletakkan dadah ke dalam minuman dan kemudian mengajak mereka berkunjung ke kelab tarian bogel.

Para pelanggan yang terdiri daripada pedagang saham atau ketua pegawai eksekutif yang khayal itu kemudiannya akan dikenakan caj melalui kad kredit mereka dengan bayaran yang tinggi.

Rata-rata peminat filem memuji Lakonan Jennifer sebagai Ramona dan disebut-sebut sebagai pencabar anugerah Oscar tahun depan.

Filem yang turut dibintangi oleh Constance Wu, Julia Stiles, Lizzo dan Cardi B itu adalah berdasarkan kisah benar dan telah diinspirasikan oleh 'New York Magazine' yang pernah menjadi tular pada 2015.

0 Response to "Aksi lucah buatkan Filem Hustler diharamkan di Malaysia"

Post a Comment

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel