-->
Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta

Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta


Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta




Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Touch N Go RFID ni.. Perasan tak ada lorong kat tol yang ada signboard RFID kat atas? Haa.. Yang tu la lorong RFID.. Cuma aku tak pasti beroperasi sepenuhnya ke belum.. Rasa-rasa dah beroperasi dah... Kat lorong ni, tak payah nak buka tingkap, tak payah nak touch car, just jalan terus ja.. Tapi yang mana tak tau apa itu RFID, mari baca dulu info pasal Touch N Go RFID.
Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta


Apa itu Touch N Go RFID?

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat untuk melepasi tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan tertanam dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Tag RFID adalah berhubung dengan Touch 'n Go eWallet anda yang mana kos akan ditolak darinya- Website Touch N Go

Bagaimana Touch N Go RFID berfungsi?

Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di atas kereta akan membaca frekuensi radio dari tag RFID dan mengenakan tambang tol. Kadar tarif tol kemudian akan ditolak dari Touch 'n Go eWallet.

Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta




Syarat-syarat untuk kenderaan anda patuh: 

Terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi apabila meletakkan tag RFID pada kenderaan untuk mengekalkan prestasi optimum:

1. Tag RFID tidak boleh diletakkan pada cermin depan berwarna atau lampu depan berwarna. Pelekat mesti dipasang terus ke kaca / permukaan.

2. Kandungan logam dari kaca cermin perlu diuji sebagai kandungan logam yang tinggi akan menjejaskan kebolehbacaan Tag RFID

Jangan risau! Pihak Touch N Go akan test dahulu semasa dan selepas memasang Tag RFID tersebut.

Sekarang lagi mudah untuk dapatkan Tag RFID ni. Selain menambah outlet di seluruh Malaysia, pihak Touch N Go telah menambah baik perkhidmatannya dengan anda kini boleh mendaftar tanpa sebarang dokumen, cuma perlu masukkan No. plat kereta anda, nombor IC dan nombor telefon di website Sureplify

Jika timbul maklumat pasal kereta anda di website Sureplify, anda bolehlah bawa kenderaan anda ke outlet terdekat dengan rumah anda...

Jika butiran kereta anda tidak dijumpai di Sureplify, anda masih boleh mendaftar menggunakan dokumen kereta anda. Hanya membawa Kad pengenalan dan salinan , Lesen Memandu serta salinan geran kenderaan anda...

1 Response to "Dapatkan TNG RFID percuma tanpa sebarang dokumen kereta"

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel