-->
Niat enson matakaji semar ngiseng- Klopp

Niat enson matakaji semar ngiseng- Klopp


Chelsea VS Liverpool


Pintu gua pun terbuka. "Dah, nyah korang masuk dalam ni" kata Klopp kepada pasukan dan penyokong Chelsea selepas kekalahan mereka 2-1 di tangan Liverpool. Lebih menyedihkan dan memilukan hati, mereka kalah di laman sendiri.

Beraksi di laman sendiri tidak banyak memberi kelebihan kepada tuan rumah apabila Liverpool di depan seawal minit ke-14 hasil jaringan cantik Trent Alexander Arnold hasil sepakan percuma betul-betul di hadapan kotak penalti.

Chelsea terus dirundung malang apabila gol jaringan Azpilicuenta dibatalkan setelah sistem VAR mengatakan Azpilicuenta offside.. Sungguh menyedihkan.. sungguh memilukan... Untuk menambahkan kepiluan Chelsea, Liverpool menambah derita Chelsea apabila tandukan Firmino menggandakan jaringan kepada 2-0 pada minit ke-30 hasil hantaran lintang dari Robertson..

Kante cuba memberi harapan palsu kepada penyokong Chelsea selepas menjaringkan gol pada minit ke-71 hasil gerakan solo ke pintu gol Liverpool.. Namun, harapan harapan menjadi layu ingin ku bahagia bersama menjadi kenangan memburu impian masa kita selamanya...

Skuad Chelsea jatuh ke tangga ke-11 liga manakala Skuad Liverpool gah terbang tinggi gayat di puncak liga dengan kemenangan 5 kali berturut-turut.


0 Response to "Niat enson matakaji semar ngiseng- Klopp"

Post a Comment

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel