-->
Anugerah Skrin 2011 Hambar?

Anugerah Skrin 2011 Hambar?

Salam... Seperti yang semua tahu, malam ni telah berlangsung satu acara atau majlis yang sepatutnya gemilang iaitu Anugerah Skrin 2011 di TV3... Tujuannya macam biasa, nak beri pengiktirafan kepada karyawan seni yang banyak berbakti dalam menghidupkan industri hiburan tanah air yang tenat sekarang ni... Dengan temanya Golden Glamour para artis serta karyawan seni yang datang tampak jelita dan kacak sekali(main angin jap)...

Tapi sayangnya, malam yang dianggap penting dan berprestij ni diganggu oleh "makhluk halus" ataupun perkataan lebih mudah masalah yang menyebabkan malam ke-9 Anugerah Skrin 2011 yang ditaja oleh Pantene ni kelihatan hambar dan bosan... Sampai aku yang sedang tengok ni, terus ke bilik, buka laptop, dan terus layan cerita Heroes... Hahaha... Nak sebab apa aku kata hambar?

1) Pengacara




Ally Iskandar  dan Rozita Che Wan nama bukan lagi asing dalam dunia hiburan ni... Tapi, kenapa diorang digabungkan untuk jadi pengacara, aku tak pasti... Mungkin untuk cipta pembaharuan... Bukan diorang mengacara tak bagus, bagus... Tapi, macam ada gap antara diorang ni... Macam takde chemistery jer aku tengok... Sorang buat lawak, sorang lagi senyap... Sorang cakap, pas habis kena bagi isyarat kat sorang lagi suruh cakap... Huhuhu... Ni yang buat aku rasa bosan sangat...


2) Ipad






Haaa... Yang ni lagi satu perkara yang memalukan... Memang tak patut masalah ni terjadi kat majlis macam ni... Hahaha... Keputusan pemenang diletakkan dalam iPad, bukan lagi di atas kertas seperti biasa... Ok, nak buat lagi pembaharuan... Takde masalah... Tapi, yang menjadi masalahnya bila artis yang nak mengumumkan tu tak reti guna iPad... Hahaha... Bila silap tekan sikit, haaa... Mulalah mengelabah... Sampai ada yang panggil teknikal pastu taknak mengaku lagi tak reti pakai... Kata " i ni dah lama pakai iPad"... Hahahaa... Last-last pakai kertas jugak nak umumkan... Hahaha... Lucu-lucu... Huhuhuhu...


3) Penonton (artis yang menonton)






Haaa... Ni satu lagi sebab... Kalau korang tengok tadi... Penonton yang ada dalam tu macam nak tak nak ja tepuk... Tak bersemangat langsung... Hahaha... Orang kata nak ambik hati je punya tepuk... Hehehe... Time sepatutnya tepuk, tak tepuk tangan pulak... Huhuhu... Yang paling dapat sambutan pun bila Ally sebut pasal Anuar Zain... Huhuhu... Tu pun nak taknak ja orang sorak...


Kesimpulannya, memang bosan la Anugerah Skrin 2011 tadi... Harap dapat dipertingkatkan lagi la mutu persembhan... Hahaha... Jangan ulang lagi kesilapan macam tadi.. Serius memalukan!


p/s : Sambung tengok cerita Heroes lepas update blog ni... Hehehe...

2 Responses to "Anugerah Skrin 2011 Hambar?"

  1. APABILA PENGACARA HAMBAR, KESELURUHAN MAJLIS MENJADI HAMBAR... HAMPEH BETUL LA..

    ReplyDelete
  2. kesian sponsor dari syarikat APPLE ipad (kalaulah yg mrk yg sponsor) krn produk mrk kelihatan seolah2 gagal berfungsi pdhal pemberi hadiah yg terkantoi tak tau guna...INi boleh bg effect pd bisnezz ni..tp kami tau sebagai pegguna ipad bhw memangIPAD terbaik!!!

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel