-->
Manchester is Green not Red or Blue

Manchester is Green not Red or Blue

Manchester is Green


Eh? Bukan Manchester is Red or Blue ke? Kenapa Green pulak? Aku tau yang mana minat bola sepak ja yang akan mengerti kenapa aku up entri ni.. Hahaha.. Ini semua disebabkan gara-gara kedua-dua pasukan dari Manchester ni kalah mengejut di tangan lawan masing-masing.. Dan Green tu simbol warna bagi sayur.. Sayur! Lembik macam sayur.. Hahaha..

Manchester City vs Wolverhampton


Manchester City vs Wolverhampton

Punyalah banyak star dalam team City ni, lawan Wolverhampton pun kalah.. Lemah betul laa.. Star untuk game ni bagi aku adalah Raul Jimenez kerana dia adalah watak penting bagi gol Wolverhampton.. Dua assistnya telah menyebabkan City sengsara dan menderita..

Gol pertama Wolves dijaringkan oleh Adama Traore pada minit ke-79 selepas Jimenez mengelecek dua pertahanan City dan melihat Traore di sebelah kanannya tanpa dikawal lalu dia membuat hantaran kepada Traore.. Dengan mudah Adama Traore melepaskan rembetan leret di seblah kanan gawang Wolves menewaskan penjaga gol city, Ederson..

City enggan mengalah dan melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang Wolves namun dinafikan oleh kubu benteng pertahanan Wolves.. 

Dalam keghairahan City mencari gol penyamaan, City dikejutkan sekali lagi oleh Wolves pada minit ke-93 melalui serangan balas dari Wolves.. Gol sekali lagi dijaringkan oleh Adama Traore selepas larian pantasnya dihidu Jimenez seterusnya Jimenez membuat hantaran kepada Traore.. Traore yang cuba dikejar Fernandinho sekali lagi dengan mudah menewaskan Ederson dengan juga rembetan leret ke sebelah kanan gol City..


Newcastle United vs Manchester United

Newcastle United vs Manchester United

Game team sayur kedua iaitu Manchester United macam biasa sangat boring.. Macam game budak sekolah rendah.. Sampai aku tertido la tengok game ni.. Tengok highlight je la game ni..

Gol terhasil pada minit ke-71 yang dijaringkan oleh Matthew Longstaff hasil umpanan dari Willems ke tengah padang mencari Longstaff.. Rembatan dilepaskan oleh Longstaff di luar kotak dan menghasilkan gol yang cantik menewaskn De Gea yang terbang cuba menyelamatkan bola tersebut dari gol.. 

Selain dari itu, game kelihatan membosankan.

1 Response to "Manchester is Green not Red or Blue"

  1. ooooo baru tahu maksudnya heheheh.. ptt lah dengar kt radio dok gelak2 kan peminat machester.. rupanya,sesekali yg juara pun jatuh menjunam

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel