-->
Isu Jerebu: Perlu ke mengelabah?

Isu Jerebu: Perlu ke mengelabah?

Isu Jerebu




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal isu semasa yang tengah hangat sekarang ni.. Tak kira di facebook, tv, radio dan semua mediala termasuklah surat khabar... Apa dia kawan-kawan? Jerebu la apa lagi.. Omputih kata Haze.. Apa dia jerebu ni? Kesan jerebu? Punca jerebu? Cara nak mengatasi jerebu? Langkah-langkah yang perlu diambil semasa jerebu? Semua soalan ni kita jawab kat bawah ni.. Teruskan membaca okaayy..

Maksud Jerebu

Mengikut wikipedia, Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Mengikut kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka pulak, Jerebu ialah kabut yg disertai debu yg terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. berjerebu terdapat atau diliputi jerebu. Mengikut definisi kamus kehidupan aku yang marhaen ini, Jerebu tu kabus.. Tak nampak jalan depan.. Jarak pandangan terhad.. Kelabu.. Sakit tekak.. Yang tu ja definisi jerebu bagi aku...

Kesan Jerebu

Kesan jerebu ni banyak.. Kalau terhadap kesihatan, jerebu dapat memberikan masalah dan kesan kepada manusia.. Contoh masalah kesihatan yang akan dihadapi manusia kesan daripada jerebu ini ialah:
  • sakit kerongkong atau sakit tekak dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, sesak nafas
  • sakit mata serta mata yang merah dan gatal
  • Kulit terasa gatal
Tu kesan kepada kesihatan.. Aktiviti seharian kita juga terjejas dengan kehadiran jerebu ni.. nak keluar ke mana-mana pun susah.. Jalan tak nampak lepas tu udara pun tak sihat.. So, mana-mana yang nak buat aktiviti luar tu minta ubah la plan, buat la aktiviti dalam bangunan musim-musim jerebu ni.

Punca Jerebu

Jerebu kali ini dikatakan berpunca dari kebakaran hutan di Pulau Sumatera dan Kalimantan.. Tak tahulah macam mana kebakaran ni terjadi tetapi setiap tahun, asal jerebu je mesti disebabkan adanya berlaku kebakaran hutan di sana.. Dah macam acara tahunan dah..

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa Jerebu

Kementerian Kesihatan Malaysaia (KKM) telah mengariskan panduan langkah-langakah pencegahan penyakit semasa jerebu. Berikut adalah langkah-langkah tersebut:
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Mask 95
Mask N95


So, korang dah tau serba sedikit pasal jerebu ni kan? Bolehlah korang apply tips semasa jerebu tu.. Tambah-tambah untuk kanak-kanak. Ni dengar-dengar TPM kata nak isytihar darurat kalau Air Pollution Index (API) mencatat bacaan 500.. sekarang bacaan kalau tak silap aku dah melebihi 300..
Untuk jadual indikator API boleh rujuk bawah:

NILAI APISTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Okaylah setakat ini saja info yang aku dapat karang.. Lain kali aku menaip lagi.. Babai.. Selamat membaca...

4 Responses to "Isu Jerebu: Perlu ke mengelabah?"

  1. Saya stay kuantan pun jerebu kemain kuat .

    ReplyDelete
  2. sesetengah tempat api jerebu melebihi 500 huuu takut takut...

    ReplyDelete
  3. terima kasih pengkongsian ni... dua hari lepas keadaan dekat kedah tak selamat hari ini alhamdulilah dah pulih semula tu masih dalam hijau harap terus xde jerebu...

    ReplyDelete
  4. hmm tak perlu gelabah, cuma yang penting jaga kesihatan. tu je.

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel