-->
Jerebu semakin parah di Sarawak

Jerebu semakin parah di Sarawak

Jerebu di Sri Aman-Sumber Gambar (Astro Awani)



Jerebu yang telah melanda selama seminggu di Malaysia telah menjadi semakin parah apabila indeks pencemaran udara (API) di Sri aman,Sarawak telah mencatatkan bacaan sebanyak 367 hari ini dimana paras bacaan itu adalah keadaan yang berbahaya.

Ini menjadikan kawasan Sri Aman, Sarawak adalah kawasan pertama yang menjejaki paras bacaan yang berbahaya sejak kemunculan jerebu dilaporkan di negara Malaysia awal bulan ini.

Mengikut dari indikator API, paras bacaan 0-50 adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 200-300 adalah sangat tidak sihat, manakala bacaan lebih daripada 300 bacaan udara di suatu kawasan akan menunjukkan udara di kawasan itu adalah berbahaya.

Di Kuching, bacaan API menunjukkan udara tidak sihat selepas mencatatkan 220 bacaan, manakala di bahagian lain di Sarawak juga turut diklasifikasikan tidak sihat.

Di semenanjung pula, sesetengah kawasan terkesan dengan fenomena ini terutamanya di Klang, Selangor dan Port  Dickson, N.Sembilan masing-masing mencatat API 200 ke atas. Ini menyebabkan 63 sekolah di Port Dickson terpaksa ditutup di atas masalah jerebu yang masih berlarutan ini.

Lebih 100 buah sekolah yang berada di kawasan Sepang, Hulu Langat, Klang dan Petaling perdana juga terpaksa ditutup berikutan API yang dicatatkan di kawasan terbabit berada dalam keadaan tidak sihat.

Jerebu kini boleh dikatakan menjadi acara tahunan apabila setiap kali musim kering yang terlampau berlaku di Indonesia akan menyebabkan kebakaran hutan yang kronik dan menjejaskan negara-negara sekeliling Indonesia. Ia juga tutrut menjejaskan sektor pelancongan di negara-negara jiran Indonesia.

1 Response to "Jerebu semakin parah di Sarawak"

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel