-->
Comeback Berblogging!

Comeback Berblogging!




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger..

Ada sihat ka semua blogger-blogger sekalian.. Hahaha.. Dah berapa tahun aku tak update blog ni.. Ntah macam mana rasa tetiba teringat dekat blog ni.. Blog yang pernah memberikan aku sumber pendapatan sampingan satu ketika dahulu... Aku tak tau macam mana nak cakap pasal perasaan aku sekarang ni.. Rasa sedih, rasa excited, rasa malu semuanya ada..

DULU-DULU

Berbeza jumlah masa terluang aku dulu dengan sekarang.. dulu masa nak wujudkan blog ni aku masih pelajar dan masih tidak bekeluarga.. Sekarang, masa rasa macam sikit ja.. 24 jam tu rasa tak cukup bagi aku untuk selitkan hobi aku ni yang dulu pernah menjadi keutamaan bagiku dulu..Ye lah mana taknya, sekarang dengan keluarga lagi dengan kerja lagi, ot lagi.. Celah mana yang sempat nak update blog. Cer gitau, cer gitau..

MASIH WUJUDKAH BLOGWALKING

Dulu-dulu masa aku giat berblogging ada satu kotak shoutmix kat tepi tu.. tinggal mesej kat situ kata dah jalan-jalan kat blog dia.. senang jer.. sekarang aku pun tak tau cara nak blogwalking macam mana... tinggal komen kat post ke? kalau ada cara boleh la komen yer.. kita pun nak belajar balik cara-cara nak blogwalking ni..

TRAFIK BOLEH NAIK LAGI KE?

Soalan ni yang masih berlegar-legar dalam fikiran aku.. Masih boleh pergi lagi ke blog aku ni.. Ke dah tak boleh nak go.. korang yang trafik tinggi tu ekjas la sikit, bagitau la cara-cara tingkatkan trafik blog.. serius aku dah lost dah.. aku dah taktau nak start balik macam mana.. mana tau dengan idea korang aku boleh up balik trafik dalam blog aku kan.. InsyaAllah..

KOMUNITI BLOGGER

Syok waktu dulu join give away dari blogger-blogger lain.. selain tu dapat la kenal-kenal dengan diorang walaupun dalam dunia maya ni jer... aku rasa ramai blogger yang sebaris dengan aku dulu yang baru sama-sama buat blog dulu tu dah jadi otai dah.. mana main domain blogspot, semuanya dah ke.com.. Itulah ko, buat keje separuh jalan.. kalau tak dah popular dah blog ko(berangan).. ahahaha..

Oklah setakat ini ja lah aku berceloteh.. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca... Maklumlah orang dah tak kenal.. hahaha.. okaylah.. Dengan ini saya mengumumkan....

"IM'BACK"

p/s: Bajet power blog ni.. Ptuihhh.. Hahaha...

1 Response to "Comeback Berblogging!"

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel