-->
5 Jenis Entri Yang Orang Nak Baca dan cari di Google

5 Jenis Entri Yang Orang Nak Baca dan cari di Google

Tulis Entri


5 Entri Yang Orang Nak Baca dan cari di Google- Assalamualaikum dan salam sejahtera para bloggers sekalian... First sekali, sebelum apa-apa aku nak bagitau yang entri ni bukanlah tips mahupun panduan yang bisa menaikkan trafik anda secara mendadak.. Tetapi entri hanyalah sekadar pendapat aku tentang entri yang berjaya memikat hati pembaca.. Sekali lagi aku highlightkan PENDAPAT AKU...

5 Entri Yang Orang Nak Baca dan cari di Google

1. Berita Viral

Isu Viral

Entri yang bercorak berita dan viral ni cukup banyak di media sosial contoh di Facebook, Instagram dan Twitter.. Hanya membaca tajuk entri ini saja akan berjaya menarik ramai pembaca di media sosial seterusnya dapat menaikkan trafik yang banyak di blog...

Secara tak langsung topik ini menjadi popular di kalangan blogger kerana kalau kena dengan tajuknya dan isinya maka ia dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga blogger itu sendiri...

Aku pun tak terkecuali untuk menulis tentang isu viral ini, contohnya klik sini dan sini... Apa yang viral di media sosial boleh dijadikan entri di blog pada masa itu kerana bukan sahaja dapat memberi idea kepada blogger unutk menulis malahan juga boleh menarik pembaca dengan isu-isu viral semasa.

2. Cara buat duit/ cara nak jadi kaya

Buat Duit, Jana Duit

Topik ini juga adalah sangat panas dan selalu di cari oleh pembaca di Google.. Tak kira lah pembaca itu hanya pembaca awam ataupun blogger, topik ini sedap untuk dibaca kerana apa? Semuanya kerana duit.. Hehehe..

Mana entri yang memberi tip untuk dapatkan duit secara sampingan ataupun dapatkan duit dengan mudah akan diberi perhatian.. Zaman sekarang ini, orang hanya nak buat duit dengan cara mudah cepat...

Juga di blog ini aku menulis jugak pasal buat duit ni.. dan pernah memberi pulangan yang lumayan kepada aku.. Tak percaya klik sini.. Entri yang ni memang memberi trafik yang banyak kepada aku.. sebab tu aku kata entri yang bertajuk buat duit ni antara yang popular di cari oleh pembaca...

3. Tip atau Panduan


Tips dan panduan merupakan adalah salah satu topik yang orang cari kat Google.. Aku bagi contoh la.. Korang blogger kan? Korang mesti pernah terpikir kan cara nak naikkan trafik dekat blog korang kan? Mesti punyalah.. Haa.. Time ni korang mesti search google kan cari info, cara atau tips nak naikkan trafik.. Sebab tu aku kata entri yang berkaitan tips dan panduan ni antara yang orang cari di Google..

Aku kalau berdepan masalah apa-apa berkaitan blog atau ada benda yang aku tak paham pasal blog, aku mesti google punyala.. senang.. bukan apa malu nak minta tolong ajar blogger otai.. takut tak dilayannye karang.. Hehehe.. 

4. Hiburan

Hiburan

Kita sedia maklum, dunia kita semua sekarang dikelilingi hiburan.. Sekeliling kita.. Tak kiralah melalui tv ke, kalau naik kereta kita dengar radio, salah satu cabang hiburan juga.. Handphone lagilah, semua ada.. So, pendek kata payahla nak lari dari hiburan..

Ini berdasarkan pengalaman aku lah, aku selalu dengar radio kat dalam kereta... Lepastu kadang-kadang aku terlepas tajuk lagu tu.. So, aku pun search la google lirik lagu tu.. And then keluarlah lirik lagu yang aku cari tadi dan dia mengarahkan aku masuk dalam blog yang mempunyai entri lirik tersebut..

So, nampak dak.. Tu baru aku sorang, kalau ramai? Tu tak kira yang tengah cari tajuk movie lagi.. Haa..

5. Pengalaman terhadap sesuatu benda/perkara

Experience

Macam mana entri yang dikatakan berkaitan dengan pengalaman ni? Haa.. Macam ni.. Entri yang berkaitan dengan pengalaman ni entri yang blogger tulis untuk menceritakan yang dia pernah ke mana-mana tempat, pernah buat apa-apa aktiviti atau pernah guna atau pakai apa-apa benda.. Tak faham lagi? Contohnya.. Pengalaman Bercuti Di Kundasang, Pengalaman mandi di Lata Kijang dan Pengalaman pandang pertama Huawei Mate 30..

Yang tu contoh.. Karang kata aku spam keyword pulak.. Aku kalau nak bercuti ke mana-mana, komfirm aku akan google dulu pengalaman orang.. Melalui entri pengalaman orang tu, kita dapat tengok dia tidur hotel mana selesa ka, perjalanan aktiviti mereka semasa bercuti tu..  Sekurang-kurangnya kita dapat sikit gambaran awal tempat yang kita nak pergi tu..

Setakat ini saja entri yang aku tulis.. Kalau ada salah mintak maafla yerr.. Sehingga bertemu lagi.. Babai!!


3 Responses to "5 Jenis Entri Yang Orang Nak Baca dan cari di Google"

  1. tapi blog akak tu kira cacamarba hehehhe

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. ringkas tapi sangat bermanfaat. semua blogger patut beri perhatian pada 5 jenis niche macam ni kan.. blog saya pulak xtaw niche ape semua jenis ada macam rojak dah hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ha! nak tambah satu lagi kalau orang pompuan blog pasal resepi banyak jugak dapat trafik ehh!

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel