-->
MeerFly... Rapper yang awesome.. Haa Tepok!!

MeerFly... Rapper yang awesome.. Haa Tepok!!

MeerFly

MeerFly... Rapper yang awesome.. Haa Tepok!!| Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hari ini aku sajalah nak update blog aku berkenaan dengan hiburan pulak.. Asyik-asyik tips itu tips ini.. Tak jugak lulus adsensenya.. hahaha... Post ni pun aku tak tahula boleh sampai ke tak 500 patah perkataan seperti yang disarankan oleh blogger otai.. Tapi jalan jela.. So, layan je la yer entri ni.. hehehe..

1. Siapa MeerFly?

Sejujurnya aku pun tak kenal sangat dia ni.. tambah-tambah nak tahu full biodata Meerfly ni tapi mengikut instagram dan twitter miliknya.. Dia merupakan seorang rapper dari negeri di bawah bayu Sabah.. Aku tak pasti dia ada kena mengena ke tak dengan kumpulan K-Clique (K-Clique popular dan datang dari Sabah) kerana setahu aku nama K-Clique naik pun lepas 3 orang ahli K-Clique join nyanyi lagu Meerfly ni. Lepastu baru K-Clique semakin dikenali ramai. Kalau salah tolong betulkan la yer..

2. Lagu-lagu Meerfly

Lagu yang hot, panas dan pernah menjadi trending apa lagi kalau bukan Haa Tepok.. Lagu ni antara lagu yang ada dalam playlist aku untuk aku dengar dalam kereta.. Kena pulak kereta dah upgrade speaker, berdentum dentam der bunyi diaa.. Lagu Haa Tepok dicipta oleh MeerFly dan dinyanyikan atau dirapping bersama Kidd Santhe dan MK K-Clique.. 
Haa Tepok MeerFly



Seriously rentak dia memang akan buat korang rasa macam nak rap sama-sama ja.. Hahaha.. Tambah-tambah time part lirik dia kat sini:


“Punya Lah Susah-Susah Sampai Sini, 
Boleh Pulak Dia Main Benci-Benci, 
Cakaplah Apa Kau Nak Ku Tak Henti, 
Sorry Bhai Hari Ni Ku Menang Lagi.”

Bossku MeerFly

Selain dari lagu Haa Tepok, antara lagu yang menjadi trending adalah Bossku yang dinyanyikan sendiri oleh MeerFly dan bergabung dengan MK, Somean dan Tuju K-Clique... Setakat ini video yang diupload oleh MeerFly di Youtube telah mencecah 19M untuk lagu Haa Tepok manakala Bossku pulak 10M viewers..

Kalau korang berminat nak tengok mamat Meerfly ni nyanyi..ni link ke youtube channel dia.. klik sini.. Setakat ini saja aku berceloteh.. Takut lagi banyak aku tulis, lagi korang tak faham.. Hahaha..

Artikel berkaitan : Caprice!!! Rapper Malaysia Pilihanku!!

p/s: suka suara rapping dia yang suara bass.. hahaha..


2 Responses to "MeerFly... Rapper yang awesome.. Haa Tepok!!"

  1. nice, saya tak kenal pulak penyanyi yang sorang ni.. mungkin sebab jarang dengar lagu rap kot.. btw done follow sini yang ke #1472

    ReplyDelete
  2. Oh! inila penyanyi lagu Ha Tepok dan BOssku tu baru Mrs. A tahu sebelum ni suka cakap Ha Tepok tu penyanyi langsung tak tahu hehehe...

    ReplyDelete

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel